RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN SATU
NOMBOR DAN OPERASI
1. NOMBOR BULAT HINGGA 100
1.1 Menyatakan
kuantiti secara intuitif (i) Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:
(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
(b) Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
1.2 Menama dan menentukan
nilai.
(i) Menamakan nombor hingga 100:
(a) Membilang objek dalam kumpulan.
(b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
(c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.
(d) Menamakan angka.
1.3 Menulis nombor.
(i) Menulis nombor hingga 100 dalam:
(a) Angka
(b) Perkataan
1.4 Melengkapkan
sebarang
rangkaian
nombor.
(i) Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara:
(a) Satu-satu
(b) Dua-dua
(c) Lima-lima
(d) Sepuluh-sepuluh tertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek dan garis nombor.
(ii) Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100 secara:
(a) Satu-satu
(b) Dua-dua
(c) Lima-lima
(d) Sepuluh-sepuluh,
tertib menaik dan menurun.
1.5 Menentukan nilai tempat bagi
nombor. (i) Menyatakan nilai tempat bagi
sebarang nombor hingga 100.
(ii) Menyatakan nilai digit bagi
sebarang nombor hingga 100.
(iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan menggunakan abakus 4:1
1.6 Menganggar
(i) Memberi anggaran bilangan
objek yang munasabah dengan
(a) Menyatakan kuantitinya.
(b) Menggunakan perkataan
“lebih daripada” dan “kurang
daripada”.
1.7 Membundarkan
nombor bulat.
(i) Membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat dengan menggunakan garis nombor.
1.8 Melengkapkan
pola nombor.
(i) Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi.
(ii) Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah.
2. TAMBAH DAN TOLAK
2.1 Mengenal pasti
pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.
(i) Menyatakan pasangan nombor
bagi jumlah nombor yang diberi.
(ii) Menyebut jumlah dua nombor.
(iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi.
2.2 Mengenal simbol.
(i) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak.
(ii) Memperkenalkan simbol bagi
tambah, tolak dan sama dengan.
(iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.
Contoh:
Tambah, jumlah, semuanya, keseluruhan, beza, selisih, tolak, kurang, dikeluarkan, masih ada, baki
2.3 Tambah dan
tolak dalam
lingkungan 100.
(i) Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas:
(a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
(b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
(c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah.
(d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah dan tolak.
(e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak.
(ii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100:
(a) Melaksanakan pengiraan
tambah dan tolak.
(b) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan
tolak.
(c) Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi penambahan dan penolakan.
2.4 Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak.
(i) Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
(ii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model situasi.
(iii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian.
3. PECAHAN
3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.
(i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perkataan ”setengah”, ”separuh” dan ”suku” dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.
4. WANG HINGGA RM10
4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
(i) Mengenal pasti mata wang
Malaysia dalam bentuk syiling
dan wang kertas.
(ii) Mewakilkan nilai wang:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan
menggunakan abakus 4:1.
(iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
(b) Ringgit hingga RM10.
4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang
(i) Tambah dan tolak:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(ii) Tambah dan tolak melibatkan
wang dengan menggunakan
abakus 4:1.
5. MASA DAN WAKTU
5.1 Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan.
(i) Menyatakan waktu dalam sehari.
(ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa
dalam sehari (pada hari persekolahan
sahaja).
(iii) Menamakan hari dalam Seminggu
mengikut urutan.
(iv) Menamakan bulan dalam setahun.
5.2 Menyebut dan menulis waktu.
(i) Mengenal pasti dan menyatakan
“setengah” dan ”satu perempat”
berdasarkan muka jam.
(ii) Menyebut dan menulis waktu dalam jam
dan setengah jam sahaja dengan
menggunakan jam analog.
SUKATAN DAN GEOMETRI
6. PANJANG
6.1 Menggunakan
unit relatif untuk mengukur panjang.
(i) Membuat pengukuran objek
menggunakan unit bukan piawai.
(ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek
menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan
perbendaharaan kata ukuran
panjang dalam konteks.
Contoh:
panjang, pendek,
tinggi, rendah,
jauh, dekat,
dalam, cetek,
lebih, kurang, sama, paling..
7. TIMBANGAN
7.1 Menggunakan
unit relatif untuk timbangan. (i) Membuat timbangan objek berkaitan jisim
menggunakan unit bukan piawai.
(ii) Membanding dua atau lebih timbangan
objek menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan
perbendaharaan kata timbangan dalam
teks. Contoh:
Berat, ringan,
Lebih, kurang, sama, paling
8. ISIPADU CECAIR
8.1 Menggunakan unit relatif untuk isipadu cecair.
(i) Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
isipadu cecair menggunakan unit bukan
piawai.
(ii) Membandingkan dua atau lebih bekas
cecair menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan
perbendaharaan kata isipadu cecair
dalam konteks.
Contoh:
Kosong, sedikit,
Penuh, setengah, suku, separuh penuh, banyak, sama, lebih, paling
9. RUANG
9.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D). (i) Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak, segiempat sama, silinder dan sfera. (ii) Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk 3D. (iii) Menyusun objek mengikut pola. (iv) Membina model 3D dan menerangkannya. 9.2 Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D) (i) Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan. (ii) Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk 2D. (iii) Menyusun bentuk 2D mengikut pola. (iv) Menghasilkan corak berasaskan bentuk.
No comments:
Post a Comment