RPH Matematik Tahun 1 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1 Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 1 Mahabbah
Tarikh : 4 Mei 2015
Masa : 8.30 hingga 9.30 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 36 orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tambah Nombor Hingga 10
Standard Pembelajaran : 2.3 (ii) Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. menambah dua nombor menggunakan bahan konkrit.
2. menambah menggunakan garis nombor.
3. melengkapkan ayat matematik tambah.
Elemen Merentas : Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian ,memadan
Kurikulum(EMK) Teknologi dan Komunikasi (Penggunaan LCD )
Penerapan Nilai : Bekerjasama, berhati-hati,daya usaha, keberanian
Kemahiran Berfikir : Membanding dan membeza.
Bahan Bantu Mengajar : Batang aiskrim, alat pembilang (straw) , kad bergambar,kad nombor Penilaian Pengajaran & : Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan. Pembelajaran
Set Induksi (6 minit) -Guru menayangkan video ‘Sepuluh budak hitam’. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang bilangan budak hitam - Murid memerhati video yang ditayangkan dengan penuh teruja. -Murid memberi respon kepada soalan guru.
BBM: Video ‘Sepuluh budak hitam’ Langkah 1 (17 minit) -Guru menunjukkan kad imbasan bergambar.
-Guru menyoal murid jumlah bilangan objek yang terdapat dalam gambar.
-Guru menyoal beberapa soalan tambah dan meminta murid membilang menggunakan alat pembilang yang di bawa.
-Secara rawak guru menyoal jumlah sebenarnya.
-Murid memerhatikan kad imbasan bergambar yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid menyatakan jumlah objek yang terdapat dalam gambar.
-Murid menambah menggunakan alat pembilang. -Murid menyatakan jumlah sebenarnya dan menulis ayat matematik tambah di papan tulis.
BBM: Kad bergambar
TKP: Visual linguistik Interpersonal Intrapersonal
BBM: Alat Pembilang (straw)
Nilai: Daya usaha Tekun
Langkah 2 (15 minit)
-Guru menerangkan cara menambah menggunakan garis nombor.
-Guru ulangi dengan garis nombor yang lain.
-Guru meminta murid menambah menggunakan garis nombor.
-Murid mendengar dan melihat langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor. Murid memerhati dan memahami penerangan guru.
-Murid menunjukkan langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor pada papan tulis., BBM: Slaid garis nombor ,LCD
Pendekatan Pembelajaran: Pembelajaran Berbantukan Teknologi
Langkah 3 (17 minit)
-Guru meminta murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
-Guru membuat perbincangan soalan-soalan yang terdapat dalam lembaran kerja .
- Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
-Murid memberi respon jawapan soalan tambah yang di buat.
BBM: Lembaran kerja
Nilai: Kerjasama
Penutup (5 minit)
-Guru menayangkan slaid pantun.
-Guru meminta murid membaca beramai-ramai dengan gaya.
-Murid memerhati slaid pantun yang dipamerkan.
-Murid membaca beramai-ramai dengan gaya.
BBM: Slaid pantun
No comments:
Post a Comment