Thursday 12 November 2015

BBM MATEMATIK

TOKOH MATEMATIK ISLAM

Nama sebenar al-khawarizmi ialah MUhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusof.Dibarat, beliau dikenali sebagai al-khawarizmi, al-cowarizmi, al-karismi dan sebagainya. Ketokohan al-khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Dalam bidang matematik, al-khawarizmi telah memperkenalkan al-Jabar dan Hisab. Antara karya yang beliau hasilkan ialah " Mafatih al-ulum"

Tuesday 10 November 2015

PENGENALAN



Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik juga merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik.

Saturday 7 November 2015


RPH Matematik Tahun 1


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MATEMATIK
TAHUN 1

Mata Pelajaran              :           Matematik
Kelas                            :           1 Mahabbah
Tarikh                           :           4 Mei 2015
Masa                            :           8.30 hingga 9.30 pagi (60 minit)
Bilangan Murid               :           36 orang
Bidang                          :           Nombor dan Operasi
Tajuk                            :           Tambah Nombor Hingga 10
Standard Pembelajaran  :           2.3 (ii)
Objektif pembelajaran     :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,                                                                                    
                                                murid    dapat :
1.       menambah dua nombor  menggunakan bahan konkrit.
2.       menambah menggunakan garis nombor.
3.       melengkapkan ayat matematik tambah.

Elemen Merentas           :           Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian ,memadan                                                                                       


Kurikulum(EMK)                        Teknologi dan Komunikasi (Penggunaan LCD )

Penerapan Nilai             :           Bekerjasama, berhati-hati,daya usaha, keberanian                                                                                 

Kemahiran Berfikir          :           Membanding dan membeza.

Bahan Bantu Mengajar   :            Batang aiskrim, alat pembilang (straw) , kad bergambar,kad nombor
                                                           
Penilaian Pengajaran &  :           Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Pembelajaran                                       



Langkah
Butiran Kegiatan guru
Hasil Pembelajaran
Strategi/Catatan
Set Induksi
(6 minit)
-Guru menayangkan video ‘Sepuluh budak hitam’.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang bilangan budak hitam

- Murid memerhati video yang ditayangkan dengan penuh teruja.

-Murid memberi respon kepada soalan guru.
BBM:
Video
‘Sepuluh budak hitam’

Langkah 1
(17 minit)
-Guru menunjukkan kad imbasan bergambar.


-Guru menyoal murid jumlah bilangan objek yang terdapat dalam gambar.


-Guru menyoal beberapa soalan tambah dan meminta murid membilang menggunakan alat pembilang yang di bawa.

-Secara rawak guru menyoal jumlah sebenarnya.


-Murid memerhatikan kad imbasan bergambar yang ditunjukkan oleh guru.

-Murid menyatakan jumlah objek yang terdapat dalam gambar.


-Murid menambah menggunakan alat pembilang.



-Murid menyatakan jumlah sebenarnya dan menulis ayat matematik tambah di papan tulis.
BBM:
Kad bergambar

TKP:
Visual linguistik
Interpersonal
Intrapersonal



BBM:
Alat Pembilang
(straw)

Nilai:
Daya usaha
Tekun
Langkah 2
(15 minit)
-Guru menerangkan cara menambah menggunakan garis nombor.

-Guru ulangi dengan garis nombor yang lain.

-Guru meminta murid menambah menggunakan garis nombor.
-Murid mendengar dan melihat langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor.

Murid memerhati dan memahami penerangan guru.

-Murid menunjukkan langkah-langkah menambah menggunakan garis nombor pada papan tulis.,


BBM:
Slaid garis nombor, LCD

Pendekatan Pembelajaran:
Pembelajaran Berbantukan Teknologi
Langkah 3
(17 minit)
-Guru meminta murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.

-Guru membuat perbincangan soalan-soalan yang terdapat dalam lembaran kerja .

- Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.


-Murid  memberi respon jawapan soalan tambah yang di buat.
BBM:
Lembaran kerja

Nilai:
Kerjasama
Penutup
(5 minit)
-Guru menayangkan slaid pantun.
-Guru meminta murid membaca beramai-ramai  dengan gaya.

-Murid memerhati slaid pantun yang dipamerkan.
-Murid membaca beramai-ramai dengan gaya.
BBM:
Slaid pantun